Sunday, September 19, 2010

Akibat Pil Kuda

Pil kuda bawa mudarat
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
tanyadrxy@bharian.com.my
2010/09/18


DOKTOR, boleh saya tahu kesan penggunaan pil kuda oleh pelajar?

Ingin Tahu

SAUDARA, ramai pelajar mengambil pil kuda kerana ia dikatakan boleh meningkatkan prestasi pembelajaran terutama ketika musim peperiksaan. Ia dikatakan membolehkan seseorang pelajar berjaga sepanjang malam untuk belajar tanpa rasa letih dan mengantuk.
Selain dari itu, pil kuda diambil untuk meningkatkan prestasi dalam hubungan seks. Tetapi sebenarnya, ia adalah fakta yang tidak betul. Saya sendiri tidak pasti apa kandungan sebenar pil kuda, tetapi sebahagian besar kandungannya adalah methamphetamine.

Methamphetamine adalah sejenis dadah psychostimulant atau dadah perangsang yang dilarang penggunaannya selain dari tujuan perubatan. Dadah ini akan memasuki otak dan menghasilkan tindakan yang menyebabkan terjadinya rembesan dopamine dan norepinephrine.

Pengeluaran kedua-dua kimia ini dalam badan akan menyebabkan seseorang merasa sangat teruja (intense euphoria) dan menyebabkan seseorang merasakan beliau mempunyai tenaga berlebihan (enhancing effect on energy).

Namun begitu, walaupun seseorang merasakan yang dengan tenaga berlebihan ini, dia boleh terus membaca, tetapi hakikat sebenarnya, tidak ada apa-apa ilmu yang diperoleh kerana apa yang dibaca tidak akan kekal dalam ingatannya.
Dari segi kesan seksual pula, ia akan menyebabkan seseorang itu merasakan yang dia mempunyai libido yang tinggi dan boleh melakukan hubungan seksual dalam masa yang panjang.

Pil kuda boleh merencat proses ejakulasi dan seseorang yang mengambil pil ini tidak akan mendapat klimaks atau orgasma. Dengan itu, hubungan seks boleh diteruskan pada tempoh masa yang panjang.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia juga akan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. Ini seterusnya membawa kepada hubungan seksual yang tidak selamat, tidak memakai kondom, kadangkala boleh menjadi ganas dan kasar.

Ada kes di mana berlaku kecederaan pada zakar, rectum dan vagina akibat perlakuan seksual di bawah pengaruh dadah ini. Kesan jangka masa panjang adalah mati pucuk atau erectile dysfunction dan kehilangan libido.

Dadah ini juga boleh mempengaruhi fungsi pundi kencing. Kesan sampingannya adalah pundi kencing akan mengalami irritasi dan inflamasi. Akibatnya, seseorang itu akan merasa hendak membuang air kecil yang kerap.

Dalam beberapa kes yang saya rawati, pesakit perlu ke tandas setiap 15 minit ke 30 minit. Proses pembuangan air kecil juga akan menjadi sakit dan pedih. Ada juga berlaku masalah pengeluaran air kecil yang tidak terkawal sehingga penderita perlu memakai pampers walaupun berusia baru awal 20-an.

Kesan jangka masa panjang pada pundi kencing ialah pundi kencing akan menjadi berparut dan kapasitinya menjadi amat kecil .Rawatan untuk kes seperti ini adalah amat sukar dan mungkin memerlukan pembuangan pundi kencing secara pembedahan.

Kesan seperti ini juga dapat dilihat dengan penggunaan dadah jenis ketamine yang semakin popular di kalangan remaja. Dadah ini juga adalah sejenis dadah yang boleh menimbulkan ketagihan dan symptom ’withdrawal” akan terjadi sekiranya dadah itu tidak diambil.

Sekiranya tidak diambil, dadah ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami anhedonia iatu tidak ada lagi perasaan gembira atau kenikmatan dalam hidup.

Selain itu, ada beberapa lagi kesan sampingan akibat pengambilan pil kuda ini. Ini termasuk:


Kerosakan pada gigi yang dikenali sebagai ‘meth mouth”. Ini terjadi akibat dari penurunan pengeluaran air liur, tabiat menggerudi gigi dan mengigit gigi secara tidak sengaja dan juga penjagaan gigi yang tidak teratur oleh penagih. Mereka juga kerap mengambil air yang berkabonat dan manis akibat dari perasaan dahaga yang terlampau kesan dari dadah ini.

Kesan psikologi seperti ganas, cepat marah (irritable), tidak boleh tidur (insomnia), tidak dapat rehat (restless), paranoia, halusinasi dan psikosis.

Kesan kardiovascular iaitu tekanan darah rendah, degupan jantung yang cepat dan pening (dizziness).

Kesan pada sistem saraf iaitu sakit kepala, sawan (convulsion), ketegangan otot dan menggeletar.

Kesan-kesan lain seperti hilang selera makan, penglihatan yang kabur, diarrhea, kulit menjadi kering dan kasar dan masalah jerawat.

Pada dos yang tinggi, pil kuda boleh membawa maut akibat serangan sakit jantung.

Kepada pembaca yang masih mengamalkan pengambilan pil kuda atau sebarang pil yang dikatakan boleh menguatkan nafsu seks dan untuk persediaan sebelum peperiksaan, saya nasihatkan berhenti segera.

Ini kerana ada pelbagai kesan sampingan yang timbul akibat dari pengambilan pil ini. Dari segi pandangan perubatan moden, masih tidak ada lagi pil yang boleh meningkatkan nafsu seks di pasaran yang selamat untuk digunakan dan tidak ada pil yang boleh membantu berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran.


Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelakian diri? Dr Zulkifli akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada Pengelola Ruangan Tanya Doktor, XY - Ikon Lelaki, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel tanyadrxy@bharian.com.my.

Sunday, September 12, 2010

Mengurang Gejala Sosial

Setuju remaja kahwin awal

AKHIR-akhir ini masalah membuang bayi semakin menjadi-jadi. Kadang-kala saya merasa alangkah tidak bergunanya remaja Melayu masa kini (bukan semua). Saya amat malu dengan gaya hidup remaja masa kini. Ramai yang berani menconteng arang ke muka bangsa sendiri. Sedangkan merekalah yang bakal menjadi pemimpin akan datang.

Pada pandangan saya, masalah buang bayi berlaku kerana berleluasanya gambar-gambar lucah termasuk dalam telefon begitu mudah didapati. Apakah tidak ada cara untuk menyekatnya.

Saya amat terkejut apabila seorang rakan memberitahu bahawa dia mempunyai seorang anak remaja perempuan yang bisu ada menyimpan banyak gambar lucah dalam telefonnya sehingga dia menangis kerana terlalu terkejut melihat aksi-aksi yang teruk dan memalukan. Itu remaja yang bisu kalau yang tidak bisu apatah lagi.

Pergaulan bebas juga adalah punca utama remaja terjebak dengan zina. Sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah dan IPTA, nampaknya pergaulan bebas digalakkan oleh pihak sekolah melalui kumpulan study group, kem, kokurikulum dan sebagainya.

Ini menyebabkan remaja perempuan hilang rasa malu terhadap lelaki dan mudahlah terjadinya perbuatan zina.

Pada pandangan saya PLKN juga haruslah dikaji semula kerana ia melibatkan pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan.

Adalah lebih baik PLKN diwajibkan kepada pelajar lelaki sahaja kerana dapat menyelamatkan pelajar perempuan daripada pergaulan bebas. Atau diasingkan sahaja antara pelajar lelaki dan perempuan. Pendapat saya PLKN juga dapat menimbulkan kebencian rakyat kepada pemimpin.

Bagi saya berkahwin muda bukanlah suatu halangan yang besar, jika mereka diberi bimbingan dan tunjuk ajar malah mereka akan menjadi lebih bersemangat untuk menjaga anak-anak mereka.

Saya juga pernah membuat kajian secara komuniti dan persendirian. Daripada apa yang saya perhatikan kebanyakan anak yang ibu bapanya berkahwin muda seawal 14 tahun, saya dapati lebih ramai anak mereka dapat memasuki IPTA, lebih cerdik, berakhlak, penyabar dan berdisiplin berbanding dengan ibu bapa yang berkahwin agak lewat.

Kesimpulannya saya amat bersetuju remaja berkahwin awal kerana ia dapat menyelamatkan anak-anak remaja daripada berzina dan mengelakkan lahirnya anak luar nikah.

FARIHA ISMAIL Kota Bharu, Kelantan

Saturday, September 4, 2010

Dah Kawin Pun Masih Tak Dapat

Pengantin baru takut bersenggama dengan suami


SAYA berkahwin selama hampir enam bulan, namun saya takut untuk melakukan hubungan seks dengan suami.

Suami juga tidak memaksa saya untuk melakukan hubu ngan kelamin, tetapi saya selalu berasa bersalah. Untuk pengetahuan puan, kami pernah cuba untuk melakukan hubungan seks namun apabila waktu tusukan, saya menolak suami saya.

Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengelakkan rasa takut itu. Saya sentiasa rasa bersalah apabila tidak dapat melayan kehendak nafsu suami. Apa kah yang harus saya lakukan?

MIRA,
Kuala Lumpur


KADANGKALA saya menerima pasangan dengan masalah sedemikian, malah ada beberapa pasangan yang sudah berkahwin selama lebih lima tahun.
Anda dinasihati berjumpa pakar sakit puan untuk mendapatkan kaunseling awal. Pemeriksaan fizikal ke atas alat kelamin luaran sehingga ke selaput dara juga boleh dilakukan.

Lazimnya pemeriksaan dan penerangan menggunakan gambar rajah dapat membantu wanita memahami struktur anggota kelamin mereka dengan lebih mendalam dan berasa lebih yakin serta ‘berani’ melakukan hubungan seks.

Lazimnya wanita ini didapati tiada masalah fizikal, ia berpunca daripada kebimba ngan atau ketakutan setelah mendengar cerita rakan atau saudara serta kepercayaan bahawa selaput dara mereka terlalu tebal dan seumpamanya.

Kebanyakan pasangan tidak memerlukan apa-apa ubatan selain gel pelincir, itupun untuk permulaan saja.

Friday, September 3, 2010

Silap Haribulan


anda ditangkap khalwat

PARIT BUNGA - Niat murni seorang wanita Islam bagi memberi bimbingan didikan agama kepada seorang lelaki bukan Islam dalam mempelajari cara-cara menunaikan ibadah puasa sebagai seorang Islam terbantut apabila mereka ditangkap khalwat dalam Operasi Cegah Maksiat di Taman Gading Jaya, awal pagi semalam.

Menurut Penguatkuasa Agama Daerah Ledang, Mohd Zainal Kadiran berkata, serbuan ke atas rumah teres setingkat ini dilakukan berikutan aduan penduduk setempat yang diterima oleh pihaknya.

“Ketika serbuan dibuat, didapati seorang lelaki bukan beragama Islam keluar daripada sebuah bilik dan membuka pintu rumah tersebut selepas diketuk oleh pihak berkuasa dalam keadaan berseluar panjang hitam tanpa baju.

“Dalam bilik yang sama, kami menemui seorang perempuan Melayu beragama Islam dalam keadaan tidak terurus yang hanya berbaju lengan pendek dan berkain batik di atas katil di mana pada mulanya bilik tersebut dalam keadaan gelap,” katanya.

Menurutnya, beberapa anggota polis dari Balai Polis Sungai Mati dan anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parit Bunga turut sama dalam operasi yang dilakukan pagi semalam.

“Wanita Melayu berstatus janda manakala lelaki itu pula adalah duda anak lima merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaannya di sebuah kompleks membeli belah berdekatan di kawasan itu.

“Mengikut keterangan pesalah, wanita ini merupakan pekerja lelaki itu dan mereka telah berkenalan hampir setahun lebih dan mempunyai perancangan untuk bernikah secara sah di Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian yang turut sama dalam Operasi Cegah Jenayah itu.

Beliau berkata, lelaki itu berniat untuk masuk Islam sejak dua bulan lalu dan sedang mempelajari cara-cara menunaikan ibadah agama terutama berpuasa di bulan Ramadan dengan bantuan wanita tersebut kerana beliau tinggal berseorangan di rumah serta tiada orang untuk menyediakan sahur.

“Wanita Melayu tersebut disaman dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 27 (1) b kerana didapati berkhalwat dengan seorang lelaki bukan suami atau mahramnya yang boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi lelaki itu pula, beliau tidak akan dikenakan hukuman kerana masih belum mempunyai status Islam dan hanya dijadikan sebagai saksi kejadian kes dan kedua-dua di bawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk membuat laporan tangkapan dan seterusnya diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Ledang untuk perbicaraan selanjutnya,” katanya.

Bila Jand Bertemu Duda


Janda anak empat ditangkap khalwat

KULIM - Seorang janda anak empat berusia 28 tahun dari Pengkalan Hulu, ditangkap khalwat bersama teman lelakinya berusia 32 tahun di sebuah hotel murah kira-kira jam 4.15 pagi.

Ketika serbuan dibuat, pasangan itu mengaku telah bernikah di negara jiran.

Ketua Penguat kuasa Pejabat Agama daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, ketika soal siasat dijalankan, pasangan lelaki memberi alasan mereka hendak balik berhari raya ke Pengkalan Hulu, tetapi kerana kepenatan dan hujan, mereka terpaksa berhenti dan tidur di hotel berkenaan.

“PADK membuat pemantau terhadap semua premis rumah tumpangan dan hotel murah di sekitar Kulim. Ketika pemeriksaan dibuat, PADK menemui sepasang kekasih tinggal bersedudukan di dalam bilik. Pasangan lelaki pada mulanya mengaku telah bernikah dengan pasangan perempuan di negara jiran.

"Setelah diambil keterangan, PADK mendapati kenyataan dibuat oleh pasangan lelaki bercanggah. Pasangan itu masih belum berkahwin dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan. Mereka dikenakan ikat jamin RM1,000 setiap seorang sebelum dibebaskan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 (1)(2) Enakman Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau menasihatkan kepada mana-mana pasangan supaya tidak melakukan sebarang perlakuan maksiat kerana PADK sentiasa mengadakan rondaan dan pemeriksaan terhadap mana-mana premis yang mencurigakan.

Remaja Sekarang


Sembunyi kekasih bawah katil

KULIM - Gara-gara takut ditangkap basah, seorang pelajar perempuan 14 tahun mengarahkan teman lelakinya yang berusia 17 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju tatkala penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) menyerbu sebuah rumah di Junjung, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah hari setelah mendapat maklumat pelajar perempuan itu membawa teman lelakinya pulang ke rumah.

“Serbuan diketuai Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib. Kami memperkenalkan diri tetapi tidak diendahkan. Pegawai penguat kuasa terpaksa masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang dan menemui seorang pelajar perempuan berbaring di atas katil bilik hadapan dan berpura-pura tidur,” katanya.

“Pelajar itu memaklumkan kepada PADK, dia hanya berseorangan di rumah kerana kakinya sakit. Curiga dengan kenyataan pelajar itu, PADK membuat pemeriksaan di bawah katil bilik tengah dan menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju,” katanya.

Ketika disoal siasat, Azmi berkata, kedua-duanya turut mengaku tidak berpuasa.

Menurutnya, pelajar lelaki itu pula mengaku dia mendengar pegawai penguat kuasa memanggil mereka membuka pintu rumah tetapi kekasihnya mengarahkan dia menyorok di bawah katil.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Junjung untuk membuat laporan sebelum ke PADK bagi proses memberi keterangan. Kedua-dua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 (1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Ketika dibawa ke Balai Polis, pelajar lelaki terpaksa memakai baju T milik kekasihnya kerana dia tidak menemui pakaiannya yang diletakkan di dalam bilik gadis itu,” katanya.

Sembunyi kekasih bawah katil

KULIM - Gara-gara takut ditangkap basah, seorang pelajar perempuan 14 tahun mengarahkan teman lelakinya yang berusia 17 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju tatkala penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) menyerbu sebuah rumah di Junjung, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah hari setelah mendapat maklumat pelajar perempuan itu membawa teman lelakinya pulang ke rumah.

“Serbuan diketuai Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib. Kami memperkenalkan diri tetapi tidak diendahkan. Pegawai penguat kuasa terpaksa masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang dan menemui seorang pelajar perempuan berbaring di atas katil bilik hadapan dan berpura-pura tidur,” katanya.

“Pelajar itu memaklumkan kepada PADK, dia hanya berseorangan di rumah kerana kakinya sakit. Curiga dengan kenyataan pelajar itu, PADK membuat pemeriksaan di bawah katil bilik tengah dan menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju,” katanya.

Ketika disoal siasat, Azmi berkata, kedua-duanya turut mengaku tidak berpuasa.

Menurutnya, pelajar lelaki itu pula mengaku dia mendengar pegawai penguat kuasa memanggil mereka membuka pintu rumah tetapi kekasihnya mengarahkan dia menyorok di bawah katil.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Junjung untuk membuat laporan sebelum ke PADK bagi proses memberi keterangan. Kedua-dua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 (1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Ketika dibawa ke Balai Polis, pelajar lelaki terpaksa memakai baju T milik kekasihnya kerana dia tidak menemui pakaiannya yang diletakkan di dalam bilik gadis itu,” katanya.