Thursday, February 9, 2012

beranak bagi kat orang

'Jaga dia baik-baik'
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALOR GAJAH: “Tolong jaga bayi ini baik-baik,” begitu kata seorang remaja sebelum menyerahkan anak dipercayai baru dilahirkannya kepada seorang wanita warga emas sebelum menghilangkan diri.

Rasimah Basiron, 60, berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang, 8 Januari lalu, dia didatangi remaja berusia belasah tahun ketika berada di rumahnya di Taman Seri Aman, Masjid Tanah, dekat sini.


“Dia muncul secara tiba-tiba di pintu rumah sebelum menyerahkan seorang bayi yang dibalut kain batik tanpa memperkenalkan diri.

“Saya terus mengambil bayi itu sebelum memanggil anak yang berada dalam rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, disebabkan begitu teruja, dia terlupa mengambil butiran peribadi remaja berkenaan yang terus beredar tidak lama kemudian.


Katanya, sebelum beredar, wanita itu sempat berpesan supaya menjaga anaknya itu sebaik mungkin.

“Bayi ini rezeki daripada Allah dan saya memberikan nama, Mohammad Adam Haikal Abdullah dan berhasrat memeliharanya.


“Saya bersyukur kerana wanita itu tidak membuang anak baru dilahirkannya itu,” katanya.

Katanya, pada mulanya dia begitu seronok menerima bayi berkenaan sebelum membuat laporan polis bagi mengelak masalah berbangkit pada masa depan.


Menurutnya, dia turut membuat laporan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah kerana berhasrat memelihara bayi berkenaan.


Sementara itu, Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Alor Gajah, Mohd Irwan Jamaan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes seorang bayi lelaki tanpa waris yang dipelihara seorang wanita warga emas.


Katanya, pihaknya difahamkan bayi itu diserahkan kepada wanita terbabit oleh seorang remaja wanita tanpa sebarang dokumen.


“Bayi berkulit hitam manis itu kini berada dalam jagaan wanita itu bersama ahli keluarganya.


“JKM sedang mengesan ibu bapa bayi itu untuk tindakan lanjut sebelum Mahkamah Kanak-Kanak Alor Gajah bersidang dan membuat keputusan pada 21 Februari ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapanya diminta menghubungi JKM di 06-5561267,” katanya. “Kami merayu kerjasama orang ramai yang mengetahui ibu bapa bayi itu berada supaya menghubungi pejabat JKM di 06-5561267,” katanya.

No comments:

Post a Comment