Wednesday, April 25, 2012

port lepas gian

Banglo misteri jadi port dadah, sarang maksiat
Wartawan Sinar Harian
26 April 2012
Banglo misteri jadi port dadah, sarang maksiat
Banglo misteri jadi port dadah, sarang maksiat
KERTEH – Deretan bang­lo mewah di Jalan Lapangan Terbang Kerteh, dekat sini, yang terbiar sejak lapan tahun lalu menjadi kebimbangan kepada penduduk setempat kerana dikhuatiri menjadi port penagih dadah dan sarang maksiat.

Malah, empat unit banglo berkenaan yang kini dipenuhi semak samun dan pokok merimbun juga mencacatkan pemandangan di kawasan sekelilingnya.

Difahamkan, banglo berkenaan adalah milik sebuah syarikat persendirian dan ia gagal dijual disebabkan laluan sepanjang Jalan Lapangan Terbang Kerteh itu sering ditenggelami air ketika musim banjir.

Penduduk, Zarimi Wahab, 35, berkata, projek tersebut tidak ubah seperti ‘gajah putih’ kerana walau pun sudah siap pada 2005 tetapi ia tidak digunakan sehingga kini menyebabkan kawasan tersebut menjadi seperti hutan kecil dan keadaannya sekelilingnya juga agak menakutkan.

“Kita khuatir banglo terbiar ini akan menjadi tempat tidak elok seperti menjadi sarang penagihan dadah dan juga tempat pasangan memadu asmara berikutan lokasinya yang agak tersorok kerana kawasannya kini ditumbuhi semak samun.

“Penduduk juga sakit mata apabila melihat banglo terbiar ini tidak ubah seperti banglo misteri. Orang luar yang melalui jalan ini juga mesti tertanya-tanya mengapa banglo indah seperti ini dibiarkan tanpa penghuni,” katanya.

Katanya, rugi jika banglo itu dibiarkan tidak dihuni sedangkan segala kemudahan sudah ada seperti lampu jalan dan sebagainya.

“Mesti ada cara untuk atasi masalah banjir di kawasan ini. Apabila perkara berkenaan diatasi rumah ini pasti dapat menarik orang ramai untuk menyewa atau membelinya.

“Penduduk tidak mahu rumah ini berterusan dibiarkan kosong kerana pelbagai perkara negatif boleh berlaku,” katanya sambil berharap pihak berkaitan mengambil tindakan segera.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan berkenaan turut mendapati masih terdapat papan tanda tawaran jual atau sewa banglo berkenaan yang diletakkan di hadapan pintu pagar masuk.

No comments:

Post a Comment