Monday, January 2, 2012

makan dadah sampai berkhemah

Penagih dadah bina khemah


KAMISAN menunjukkan salah satu lorong yang digunakan penagih dadah masuk ke kebun kelapa sawit di Felda Palong baru-baru ini.


JEMPOL – Tersorok dan mempunyai banyak laluan keluar menyebabkan kawasan ladang kelapa sawit di sekitar daerah ini sering menjadi lokasi kepada penagih dadah melepaskan gian.
Walaupun banyak kali diserbu pihak berkuasa namun penagih najis dadah itu tidak pernah serik melakukan perbuatan haram mereka.
Seorang penduduk, Kamisan Md. Yusuf, 57, berkata, Felda Palong dan Serting di sini merupakan antara kawasan ladang kelapa sawit yang sering menjadi tumpuan golongan berkenaan.
Katanya, keadaan ladang yang mempunyai banyak laluan keluar berkemungkinan menjadi sebab utama mereka menjadikan lokasi itu sebagai tempat tumpuan mereka.
“Kawasan seperti ini juga tersorok kerana terletak lebih satu kilometer dari jalan utama sekali gus memudahkan mereka untuk melakukan sebarang aktiviti haram.
“Kawasan ini mereka juga mudah menghidu kehadiran pihak berkuasa kerana hanya boleh dilalui oleh motosikal atau pacuan empat roda sahaja,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Katanya, pihak berkuasa bukannya mendiamkan diri tetapi sering melakukan serbuan di lokasi tersebut namun hanya sebilangan kecil daripada mereka sahaja yang berjaya ditangkap.

No comments:

Post a Comment