Thursday, May 24, 2012

zina remaja menjadi2

ARKIB : 24/05/2012

Gadis 15 tahun dirogol teman lelaki

KULIM 23 Mei - Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun keluar rumah secara senyap-senyap pada awal pagi untuk menemui kekasihnya, berakhir dengan dia dirogol remaja lelaki tersebut.
Pelajar itu menyelinap keluar dari rumahnya di sebuah taman perumahan di sini kira-kira pukul 1 pagi Rabu lalu untuk menemui teman lelakinya yang berusia 16 tahun.
Mangsa kemudian dibawa bersiar-siar dan dipelawa suspek untuk bermalam di rumahnya sebelum dia dirogol.
Tindakan mereka bagaimanapun disedari oleh salah seorang ahli keluarga suspek yang kemudian menghantar mangsa pulang ke rumahnya.
Apabila tiba di rumah, pelajar perempuan itu diasak pelbagai soalan oleh ibu bapanya sehingga mengaku dia telah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.
Berikutan itu, ibu dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kulim, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Saleh berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Beliau turut melahirkan kebimbangan tentang kes rogol melibatkan remaja bawah umur yang semakin menjadi-jadi di kawasan berkenaan sejak kebelakangan ini.
"Ibu bapa dinasihatkan supaya memantau dan memeriksa anak mereka, terutama pada lewat malam dan pastikan mereka tidak keluar rumah pada waktu itu," katanya.

No comments:

Post a Comment