Friday, September 3, 2010

Bila Jand Bertemu Duda


Janda anak empat ditangkap khalwat

KULIM - Seorang janda anak empat berusia 28 tahun dari Pengkalan Hulu, ditangkap khalwat bersama teman lelakinya berusia 32 tahun di sebuah hotel murah kira-kira jam 4.15 pagi.

Ketika serbuan dibuat, pasangan itu mengaku telah bernikah di negara jiran.

Ketua Penguat kuasa Pejabat Agama daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, ketika soal siasat dijalankan, pasangan lelaki memberi alasan mereka hendak balik berhari raya ke Pengkalan Hulu, tetapi kerana kepenatan dan hujan, mereka terpaksa berhenti dan tidur di hotel berkenaan.

“PADK membuat pemantau terhadap semua premis rumah tumpangan dan hotel murah di sekitar Kulim. Ketika pemeriksaan dibuat, PADK menemui sepasang kekasih tinggal bersedudukan di dalam bilik. Pasangan lelaki pada mulanya mengaku telah bernikah dengan pasangan perempuan di negara jiran.

"Setelah diambil keterangan, PADK mendapati kenyataan dibuat oleh pasangan lelaki bercanggah. Pasangan itu masih belum berkahwin dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan. Mereka dikenakan ikat jamin RM1,000 setiap seorang sebelum dibebaskan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 (1)(2) Enakman Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau menasihatkan kepada mana-mana pasangan supaya tidak melakukan sebarang perlakuan maksiat kerana PADK sentiasa mengadakan rondaan dan pemeriksaan terhadap mana-mana premis yang mencurigakan.

No comments:

Post a Comment