Monday, November 8, 2010

Rogol Anak

Bapa ditahan rogol anak

PETALING JAYA 8 Nov. - Angkara ingin melepaskan nafsu serakahnya, seorang bapa tergamak menjadikan anak perempuannya berusia 14 tahun sebagai mangsa.

Lelaki itu sanggup merogol anaknya tiga kali di rumah mereka di sebuah flat di Taman Medan di sini.

Kejadian terkutuk itu dilakukan suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat ketika isterinya tiada di rumah kerana bekerja, baru-baru ini.

Insiden rogol itu hanya disedari mangsa setelah terjaga dari tidur dan mendapati dirinya dalam keadaan berbogel serta sedang ditindih bapanya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa memaklumkan perkara itu kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat pada 3 November lalu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya menahan bapa mangsa di rumah mereka kira-kira pukul 11 malam pada hari yang sama.

"Siasatan mendapati, bapa mangsa dipercayai telah merogol remaja itu sebanyak tiga kali.

"Menurut keterangan mangsa, dia tidak sedarkan diri ketika dirogol pada dua kejadian sebelum ini sehinggalah pada kali ketiga.

"Kita bagaimanapun masih menyiasat sama ada mangsa menerima ugutan dalam dua kejadian sebelum itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis daerah, di sini hari ini.

Tambah Arjunaidi, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

No comments:

Post a Comment