Thursday, November 25, 2010

Rogol 10 Tahun

Bapa rogol anak selama 30 tahun

BUENOS AIRES 25 Nov. - Seorang lelaki warga emas Argentina ditahan atas dakwaan merogol anak perempuannya selama lebih 30 tahun sehingga melahirkan 10 anak, dalam satu kes sumbang mahram yang 'lebih dahsyat' dibandingkan dengan kes Josef Fritzl di Austria pada 2008.

"Tertuduh menafikan dakwaan tersebut tetapi ujian DNA membuktikan adanya paterniti," kata Hakim Virgilio Palud kepada radio tempatan.

Hakim berkata, lelaki berusia 62 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu didakwa melakukan pencabulan seks berulang kali dan sumbang muhram, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.

Lelaki itu ditahan pada Jun lalu atas dakwaan mencuri lembu, menyebabkan anak perempuannya yang kini berusia 43 tahun mengambil peluang itu untuk melaporkan apa yang berlaku ke atas dirinya kepada polis walaupun diugut akan dicederakan.

Kes itu kali pertama dilaporkan, semalam.

Wanita itu yang identitinya turut dirahsiakan, mendakwa dipukul dan dirogol sejak berusia 13 tahun di rumah mereka di perkampungan Nicanor Molinas, 600 kilometer di utara Buenos Aires.

Palud berkata, wanita itu memberitahu perbuatan keji bapanya menyebabkan dia melahirkan 10 orang anak berusia antara tujuh tahun hingga 27 tahun dan hanya anak sulungnya mengetahui yang bapa dan datuknya adalah orang yang sama.

"Ia lebih dahsyat daripada apa yang pernah berlaku di Austria," kata Palud merujuk kepada perbuatan hina Josef Fritzl yang dipenjarakan seumur hidup pada tahun lalu kerana mengurung dan merogol anak perempuannya selama 24 tahun sehingga melahirkan tujuh orang anak yang mana seorang daripadanya turut dibunuh.

Dalam kes di Argentina ini, seorang daripada 10 anak yang dilahirkan juga meninggal dunia.

Kata Palud, seorang lagi anak perempuan suspek turut mendakwa dirogol berulangkali dan menjalani pengguguran sebelum melarikan diri dari rumah keluarga di wilayah Santa Fe itu. - AFP

Rogol

Pemuda ditahan rogol dua adik kandung

MERSING 25 Nov. - Seorang pemuda dari Felda Tenggaroh 5 dekat sini ditahan kelmarin kerana disyaki merogol dua adik kandungnya berumur 13 dan 16 tahun sejak tiga tahun lalu.

Perbuatan terkutuk suspek yang berusia 24 tahun itu terbongkar apabila seorang lagi kakak mangsa ternampak suspek menarik adiknya yang berusia 13 tahun ke dalam bilik lalu merogol mangsa dalam kejadian terbaru pagi semalam.

Sejurus selepas kejadian itu, kakak mangsa memujuknya untuk membuat laporan polis walaupun pada awalnya dia enggan kerana telah diugut oleh suspek.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya telah menahan suspek.

Menurutnya, suspek yang bekerja di sebuah ladang di Kota Tinggi dipercayai merogol kedua-dua adiknya semasa ibu bapa mereka keluar bekerja.

"Berikutan laporan yang dibuat mangsa di Balai Polis Sungai Ambat, sepasukan pegawai dan anggota menjalankan gerakan memburu suspek yang cuba melarikan diri selepas mengetahui mangsa telah membuat laporan polis.

"Kami berjaya menahan suspek yang menumpang sebuah lori menuju ke arah Felda Tenggaroh 2 dipercayai untuk melarikan diri," katanya sambil memberitahu hasil ujian air kencing suspek turut didapati positif ganja.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 13 tahun telah dirogol sejak berumur 10 tahun, manakala kakaknya bermula awal tahun ini.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru semalam untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," katanya.

Wednesday, November 24, 2010

Rogol 2 Adik

Kakak bongkar rahsia 2 beradik


MERSING: Rahsia dua beradik perempuan berusia 13 dan 16 tahun yang menjadi hamba seks abang kandung sejak bertahun lalu di Felda Tenggaroh 5 di sini, terbongkar apabila kakak mereka terlihat perlakuan ganas lelaki berusia 24 tahun itu, pagi kelmarin.

Kakak mereka yang berada dalam rumah berkenaan, terlihat suspek menarik dengan ganas tangan adik yang berusia 13 tahun masuk ke dalam bilik.
Apabila lelaki itu menyedari perbuatannya dilihat kakaknya, dia melarikan diri dari rumah sebelum menumpang lori menuju ke Felda Tenggaroh 2.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah menahan suspek kes itu.



“Dia ditahan ketika menumpang lori tidak jauh dari kawasan Felda berkenaan dan kini direman untuk membantu siasatan.


“Suspek bekerja di sebuah ladang di Kota Tinggi dan turut positif ganja,” katanya.

Mohd Nor berkata, kakak mangsa membuat laporan polis apabila terlihat perbuatan adik lelakinya itu dan siasatan mendapati gadis berusia 13 tahun itu dirogol sejak tiga tahun lalu.

Pendedahan gadis itu membongkar rahsia kakaknya yang berusia 16 tahun turut menjadi mangsa rogol abang mereka sejak awal tahun ini.

“Mangsa tidak mahu membuat laporan polis kerana suspek mengugut membunuh seisi keluarga jika tembelangnya pecah. Mereka dirogol ketika ibu bapa keluar bekerja,” katanya.

Kedua-dua beradik itu yang dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, semalam, untuk menjalani pemeriksaan, berjaya dipujuk supaya membuat laporan polis berkaitan kejadian di Balai Polis Sugai Ambat, tengah hari, kelmarin.

Mohd Nor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Monday, November 22, 2010

Tegur


Tegur kerana sayang


DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR

INSIDEN mengorbankan nyawa tiga mat rempit di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan Kampung Bukit Guntong, Terengganu yang belum dibuka pada 17 November lalu seharusnya menginsafkan dan membuka mata pelbagai pihak untuk menangani perkara ini.

Kemalangan ngeri yang berlaku pada waktu hampir maghrib itu sepatutnya menjadi pengajaran buat semua.

Tambahan ia berlaku ketika umat Islam masih merayakan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.

Mengapa harus kita biarkan anak-anak muda ini terkorban disebabkan oleh aktiviti tidak berfaedah? Aktiviti sebegini amat merugikan ketika mana negara memerlukan modal insan yang cemerlang untuk membangun negara mencapai hasrat negara maju.

Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. (al-Baqarah: 195)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor bagi mengupas isu ini.

MEGA: Seringkali teguran ibu bapa, golongan dewasa terhadap anak-anak terutama yang remaja dianggap sebagai ancaman dan menyekat hak asasi mereka. Walhal teguran itu dibuat kerana mereka sayang kepada para remaja. Mengapa teguran begini perlu untuk mereka?

DR. ROSLAN: Remaja adalah golongan yang perlu dibimbing untuk membentuk insan yang mulia. Seterusnya mewujudkan masyarakat yang sempurna dalam sesebuah negara. Sebab itu kita selalu mendengar ungkapan “pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara”.

Mereka adalah tulang belakang pembangunan negara. Sebab itu Islam turut melihat kepentingan membangunkan muda mudi yang ada. Dalam al-Quran terdapat ayat yang dengan jelas menunjukkan pengiktirafan kepada golongan muda iaitu firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya mereka adalah golongan muda yang beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambahkan kepada mereka hidayat. (al-Kahfi: 13)

Remaja tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa dibentuk akhlak dan tingkah laku. Mereka perlu dipandu bagi membentuk sahsiah yang baik.

Remaja bukan lagi kanak-kanak. Mereka sudah ada rangkaian kawan-kawan yang boleh mempengaruhi kehidupan.

Jika baik pengaruh yang diterima, maka baiklah kesannya kepada semua. Sebaliknya, jika mereka menerima pengaruh yang negatif, dikhuatiri ia akan memudaratkan diri dan menjadikan manusia lain di dalam keadaan yang mudarat.

Dalam musim cuti sekolah ini lagi ibu bapa bimbang. Apa tidaknya motosikal di rumah mungkin digunakan untuk merempit. Sebabnya, bagi remaja terlibat merempit ini dianggap kebanggaan dan kemajuan. Apa alternatifnya?

DR. ROSLAN: Di negara-negara maju, terdapat banyak juga motosikal, namun mereka tidak pula terdedah dengan rempit. Di mana lebihnya remaja Malaysia ini sehingga sanggup menunggang motor secara meniarap, berlumba dan berlanggar sesama sendiri?

Para remaja perlu dididik dan disedarkan bahawa Islam tidak menerima mereka yang mendatangkan kemudaratan kepada diri apatah lagi menyertai sesuatu aktiviti yang mengancam nyawa sendiri tanpa sebab. Ia sebagai mana firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 195 di atas.

Untuk itu, saya berpandangan bahawa peranan ibu bapa, guru, pemimpin dan institusi-institusi kerajaan dalam mendidik anak ini perlu diperkasa. Berilah didikan dan nasihat yang berguna kepada mereka seperti Luqman al-Hakim menasihati anaknya.

Mungkin ada di kalangan remaja yang merasakan pendidikan sekolah tidak penting, lalu mereka yang tidak mengambil berat tentang persekolahan terlibat dengan rempit.

Alangkah baik jika anak-anak remaja ini diberi pendidikan sempurna dalam segi agama dan diberi pendidikan berbentuk kemahiran. Ini supaya mereka boleh mengisi masa lapang dengan kerja-kerja berfaedah.

Di samping itu, pendidikan kesedaran terhadap bahaya rempit perlu didedahkan kepada golongan remaja.

Pasukan keselamatan seperti polis boleh mengambil pendekatan dengan turun memberi penerangan di setiap sekolah menengah tentang bahaya rempit.

Balai-balai polis yang ada boleh memainkan peranan ini supaya bukan sahaja mereka ini bekerja untuk menguatkuasakan undang-undang kesalahan rempit, tetapi turut mementingkan kaedah mendidik kepada masyarakat terutama golongan remaja ini.

Penglibatan golongan para pengamal perubatan, pencari dan penyelamat juga boleh memberi gambaran bahawa kegiatan rempit ini memang serius dan perlu ditangani.

Malah boleh juga dilibatkan badan-badan bukan kerajaan juga bagi membantu usaha ini. Pasti di sana ada pihak-pihak yang simpati dan ingin bersama mencari kaedah terbaik dalam menangani gejala ini.

Semua ini adalah kerjasama yang amat dituntut dalam Islam sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan.... (al-Maidah: 2)

Saturday, November 20, 2010

Penagih Muda



Terlanjur di rumah
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, SHAMRAN SARAHAN dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my


AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.
KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.



Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.



KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


KES 2 - RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”

Tuesday, November 16, 2010

Bilik


Jais serbu bilik asmara
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunri@hmetro.com.my


TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin.

BUKA...penguat kuasa MPSJ memecahkan pintu sebuah rumah dalam operasi, kelmarin.
SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan dengan seorang lelaki bukan Islam di sebuah bilik kecil yang disewanya di Kawasan Perindustrian Puchong Utama, di sini, malam kelmarin.

Gadis itu dicekup penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika berbaring bersama pasangannya dalam bilik berkenaan.


Dalam operasi bersepadu bermula kira-kira jam 11 malam itu, dua lagi wanita yang bersekedudukan dengan pasangan bukan Islam ditahan dalam bilik berasingan di kawasan sama.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan ketika ditemui berkata, semua wanita itu dipercayai sudah dua tahun menginap di bilik berkenaan.


Katanya, mereka tinggal di bilik kecil yang diubah suai secara haram dari sebuah unit pangsapuri. “Setiap unit pangsapuri empat tingkat di Kawasan Perindustrian Puchong Utama itu memiliki tiga bilik tidur, namun pemiliknya mengubahsuai dengan meletakkan papan penghadang menjadikannya 10 bilik kecil.


“Kami mengesan taktik ini selepas mendapat maklumat jiran dan hasil pemeriksaan, tiga rumah di kawasan itu mengubah suai kediaman berkenaan kepada 10 bilik kecil setiap unit,” katanya.


Beliau berkata, tindakan pemilik rumah terbabit menyalahi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM25,000.


Menurutnya, tindakan pemilik terbabit juga membahayakan nyawa penyewa di bilik kecil berkenaan sekiranya berlaku kebakaran atau struktur papan berkenaan runtuh.

Adnan berkata, penyewa hanya membayar RM150 sehingga RM170 sebulan dan ia tidak sepadan dengan risiko yang dihadapi mereka.


Katanya, semua bilik berkenaan akan diruntuhkan segera dan pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan jika ada unit kediaman di sekitar mereka yang diubah suai dengan cara sama.


Menurutnya, tiga gadis yang dicekup itu akan diserahkan kepada Jais untuk tindakan lanjut.

Monday, November 8, 2010

Rogol Anak

Bapa ditahan rogol anak

PETALING JAYA 8 Nov. - Angkara ingin melepaskan nafsu serakahnya, seorang bapa tergamak menjadikan anak perempuannya berusia 14 tahun sebagai mangsa.

Lelaki itu sanggup merogol anaknya tiga kali di rumah mereka di sebuah flat di Taman Medan di sini.

Kejadian terkutuk itu dilakukan suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat ketika isterinya tiada di rumah kerana bekerja, baru-baru ini.

Insiden rogol itu hanya disedari mangsa setelah terjaga dari tidur dan mendapati dirinya dalam keadaan berbogel serta sedang ditindih bapanya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa memaklumkan perkara itu kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat pada 3 November lalu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya menahan bapa mangsa di rumah mereka kira-kira pukul 11 malam pada hari yang sama.

"Siasatan mendapati, bapa mangsa dipercayai telah merogol remaja itu sebanyak tiga kali.

"Menurut keterangan mangsa, dia tidak sedarkan diri ketika dirogol pada dua kejadian sebelum ini sehinggalah pada kali ketiga.

"Kita bagaimanapun masih menyiasat sama ada mangsa menerima ugutan dalam dua kejadian sebelum itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis daerah, di sini hari ini.

Tambah Arjunaidi, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Saturday, November 6, 2010

sms dengan jantan hitam



Pesona cinta Afrika
Oleh MOHD NUR ASNAWI DAUD dan ISKANDAR SHAH MOHAMED


PORAK PERANDA... warga Afrika menggoda isteri Johan melalui SMS.
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Namun, situasi yang dianggap biasa itu menjadi ‘racun’ dalam rumah tangga Johan, 40-an, apabila isterinya rupa-rupanya menjalin hubungan sulit dengan lelaki Afrika.
Lebih menyedihkan kakitangan kerajaan itu, ‘selera’ isterinya sangat pelik apabila mudah terpengaruh dengan ayat manis dan bentuk fizikal ‘Awang Hitam’.

Wanita berusia lingkungan 40-an yang mempunyai perniagaan sendiri itu dikatakan dua kali terpedaya dengan janji manis dua lelaki Afrika untuk sehidup semati hingga sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadai barang kemas.



Malah, pasangan berkenaan pernah bercerai gara-gara penangan asmara lelaki Afrika pertama sebelum diberi peluang kedua oleh suaminya.



Namun, wanita berkenaan tidak serik dan menjalin percintaan dengan lelaki Afrika lain, dipercayai rakan kepada kekasih pertamanya.

Perkara itu dibongkar Johan ketika ditemui wartawan Metro Ahad di satu lokasi di Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Johan, dia mula menyedari perubahan sikap isterinya pada pertengahan Jun tahun lalu.

“Mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun semakin hari dia semakin pelik. Bila terima panggilan telefon, dia berlari dan bercakap jauh daripada saya dan anak.

“Malah, dia (isteri) dilihat sering bermain SMS dan kerap termenung seorang diri,” katanya yang dikurniakan lima anak hasil perkahwinan dengan isterinya sejak 20 tahun lalu.

Menceritakan lanjut mengenai kisah malang menimpa keluarganya, Johan berkata, isterinya dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki Afrika yang belajar di kolej swasta di sekitar Nilai.

Katanya, perkenalan itu berlaku selepas isterinya bertemu lelaki berkenaan atas urusan kerja di rumah warga Afrika itu di Nilai dan mereka dipercayai bertukar-tukar nombor telefon.

“Sejak itu, lelaki warga Afrika berkenaan menggoda isteri saya melalui SMS sebelum mereka disyaki menjalin hubungan cinta selepas beberapa lama pertemuan itu.

“Rahsia isteri terbongkar selepas saya berjaya menghidu perbuatannya beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun lalu. Dia mengaku keluar berjumpa lelaki Afrika terbabit, menyebabkan kami bertengkar. Saya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina lebih 20 tahun namun gagal, menyebabkan kami bercerai hujung tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Johan berkata, isterinya mula menunjukkan perubahan sikap membuatkan hatinya terbuka untuk menerima semula isterinya sebagai teman hidup selain demi masa depan anaknya dan mereka berkahwin kali kedua Jun lalu selepas lelaki Afrika itu pulang ke negara asalnya.

Menurutnya, isterinya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada lima anaknya.

“Bagaimanapun, janjinya hanya bertahan kira-kira tiga bulan apabila dia sekali lagi terpedaya dengan cinta palsu seorang lelaki warga Afrika, dipercayai rakan kepada teman lelakinya sebelum itu.

“Saya syak dia (lelaki Afrika itu) seolah-olah menyerahkan isteri saya kepada rakannya selepas pulang ke negara asal,” katanya.

Johan berkata, lelaki warga Afrika terbabit yang petah berkata-kata itu mendakwa dirinya ahli perniagaan dan seolah-olah ingin mempergunakan isterinya untuk kesenangan hidupnya.

Katanya, daripada apa yang dia tahu, isterinya sanggup menggadai barang kemas dipercayai untuk membantu lelaki terbabit.

“Yang menyedihkan saya, isteri sekali lagi mengulangi perangai lama dan keluar dengan lelaki Afrika terbabit tanpa diketahui tujuan. Malah, adiknya pernah terserempak isteri saya jalan beriringan dengan lelaki Afrika itu di bandar ini.

“Rumah tangga saya sekali lagi bergolak dan isteri saban hari menuntut supaya dia diceraikan, dipercayai selepas terpedaya dengan cinta palsu lelaki Afrika itu. Sehingga sekarang saya masih cuba mempertahankan rumah tangga demi anak.

“Saya mendedahkan perkara ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa atau membuka pekung di dada, namun sekadar ingatan kepada golongan wanita, terutama berstatus isteri orang, supaya tidak mudah cair dengan cinta palsu lelaki Afrika yang ingin mempergunakan diri untuk kesenangan mereka,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Johan membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika itu yang memporak-perandakan keluarganya.

Thursday, November 4, 2010

Isteri Dalam Web

Berbogel di kamera web


SAYA berusia 37 tahun dan berasal dari utara tanah air. Saya berkahwin enam tahun lalu dan ada seorang anak lelaki. Perkahwinan kami bahagia hinggalah Mac lalu apabila saya dapati isteri selalu berbalas SMS dan bersembang di laman sosial (chatting) hingga larut malam.

Pada satu malam setelah isteri tidur, saya memeriksa kandungan SMSnya dan terkejut kerana ada SMS daripada lelaki yang mengandungi ayat dan perkataan berbaur cinta. Saya memarahi isteri dan bertanyakan sejauh manakah hubungan mereka.


Isteri saya mengatakan mereka cuma berhubung melalui SMS dan telefon. Setelah saya menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya, isteri saya tidak lagi melakukan perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Dua minggu lalu, isteri meminta kebenaran untuk menggunakan komputer riba saya dan membaca e-mel yang sudah lama tidak dibuka.


Dia memberitahu saya kawannya menghantar sesuatu menerusi e-mel tetapi setelah memuat turun, dia tidak tahu ke mana bahan itu disimpan.


Dengan kuasa Allah, saya menjumpai apa yang didakwa isteri saya dihantar oleh ‘kawannya’. Hampir pengsan saya dibuatnya kerana yang dihantar adalah gambar seorang wanita menyelak bajunya dan mendedahkan buah dada.


Walaupun gambar itu dari paras leher ke pinggang (kerana gambar diambil dengan kamera web pada komputer riba), saya dapat mengagak itu adalah isteri saya berdasarkan rantai tangan dan rantai leher dipakainya.


Baju singlet yang dipakai juga kepunyaan isteri saya. Oleh kerana tidak boleh berdalih lagi, isteri saya mengaku itu gambar dia, tetapi dia mendakwa tidak menyelak bajunya ketika ‘chatting’.


Oleh kerana terlalu marah, esoknya saya mencari lagi di dalam komputer dan terjumpa empat keping lagi gambar yang amat mengaibkan, di mana gambar isteri saya berbogel di depan kamera web dan orang yang bersembang dengannya mengambil gambarnya tanpa pengetahuannya.


Saya memarahinya dan mengugut akan meninggalkannya. Dia menangis dan meminta ampun dan maaf serta berjanji tidak akan mengulanginya.


Dia juga mengatakan perkara itu sudah lama berlalu iaitu kira-kira tujuh bulan lalu dan dia tidak pernah berjumpa lelaki berkenaan.


Oleh kerana teramat marah, saya meminta kata laluan e-melnya dan membuat pemeriksaan esoknya di tempat kerja.


Hampir pengsan dibuatnya kerana saya menjumpai 10 keping lagi gambar isteri saya bersama seorang lelaki di dalam kereta dalam keadaan berpelukan dan bercium pipi.


Apabila pulang ke rumah pada petangnya, saya hilang sabar dan sekali lagi saya menunjukkan gambar berkenaan dan memberitahu isteri, saya sudah tawar hati kepadanya. Saya sangat kecewa dan marah apabila dipermainkan oleh isteri saya yang berlagak baik selama ini.


Saya menceritakan perkara itu kepada adik ipar saya dan dia menyampaikan kepada ibu mentua saya. Ibu mentua memujuk dan merayu saya supaya memaafkan dan melupakan apa yang terjadi serta tidak memanjangkan perkara itu. Isteri saya juga memujuk dan berjanji kepada saya dia tidak akan mengulangi perkara itu.


Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan berhasrat meninggalkan isteri saya, tetapi bila mengingatkan anak lelaki kami yang baru berumur empat tahun, saya tidak sampai hati. Apa patut saya buat? Saya buntu dan tertekan dengan apa yang berlaku.

INSAN KECEWA
Kedah

Isteri anda tidak memenuhi kriteria mengikut Islam dan perkara yang dilakukan membuatkan anda menjadi suami dayus.


Perkara yang dilakukan adalah keterlaluan dan anda perlu bertegas dalam menangani hal ini.


Maruah anda sebagai suami sudah tercalar dengan tindakan isteri dan seharusnya tidak mudah tunduk dengan deraian airmatanya.


Rumah tangga akan hancur jika pasangan suami isteri mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujud keluarga bahagia yang juga tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.


Berdasarkan penceritaan, isteri saudara jelas melanggar kewajipan yang digariskan dalam Islam bagi seorang isteri. Bagi Dang Setia, saudara mempunyai dua pilihan sama ada meneruskan hubungan itu demi anak atau menceraikannya.


Jika saudara berhasrat meneruskan hubungan itu, beri tempoh tertentu kepada isteri untuk memperbaiki dirinya dan pada masa sama bimbing dia ke arah kebenaran seperti dituntut agama.


Insya-Allah, jika dia benar- benar insaf di atas kesalahannya, dia pasti berusaha untuk berubah kerana seolah- olah diberi ‘nyawa’ kedua oleh saudara.


Kesalahan jelas dilakukan isteri tapi saudara, sebagai suami bertanggungjawab, mungkin boleh mencari sebab atau punca isteri berbuat demikian.


Mungkin dia berbuat begitu kerana kebosanan disebabkan saudara kurang memperuntukkan masa kepada keluarga dek kesibukan bekerja.


Dalam Islam, suami juga ada kewajipannya bagi memastikan kebahagiaan rumah tangga. Selain mendoakan kebahagiaan buat saudara sekeluarga, Dang Setia berharap saudara mencuba amalan berikut:

Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya
Dia wajib menyediakan kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri, dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu pasti dapat bekerjasama mendidik anak dalam kehidupan beragama
Pentadbiran suami di dalam rumah tangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh baik. la bertanggungjawab di depan Allah SWT terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumah tangga adalah penting. Rasulullah SAW menasihatkan orang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya
Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah SAW menyifatkan wanita sebagai amanah Allah SWT. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentu ia akan membabitkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah SAW berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik Berdasarkan kewajipan suami isteri yang ditetapkan Islam, kita dapat melihat perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib, sama ada suami atau isteri.

Dang Setia bukan ahli nujum yang boleh meramalkan pilihan terbaik untuk masa depan saudara, tapi cuba pendekatan di atas sebaik mungkin, insya-Allah rumah tangga saudara boleh diselamatkan demi anak tercinta.