Wednesday, November 23, 2011

maen seks dalam almari

Remaja dicekup dalam almari

MIRI 23 Nov. - Usianya baharu 14 tahun namun sudah berani mencuri peluang membawa teman lelaki ke rumah sewaktu ahli keluarga yang lain keluar bekerja.

Namun perbuatan remaja itu terbongkar apabila teman lelakinya yang juga berusia 15 tahun ditangkap oleh kakak dan ibunya sewaktu bersembunyi di dalam almari pakaian, semalam.

Sumber polis memberitahu, dalam kejadian di Taman Tunku, di sini, remaja lelaki berkenaan terkejut apabila ahli keluarga kekasihnya tiba-tiba pulang awal lalu bertindak bersembunyi di dalam almari.

Katanya, sebelum itu remaja perempuan berkenaan enggan membuka pintu sehingga memaksa ahli keluarganya masuk menggunakan pintu belakang.

"Sewaktu kakak remaja perempuan itu membuka almari pakaian untuk menukar baju, dia terkejut melihat seorang remaja lelaki bersembunyi di dalamnya.

"Apabila disoal, dia mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya," katanya.

Kata sumber itu, ibu remaja perempuan tersebut kemudian menghubungi polis untuk tindakan susulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ismail Idris ketika dihubungi hari ini memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment