Wednesday, October 19, 2011

bawa teman lelaki tidur di rumah

Pendandan rambut dicekup


LIMBONG – Tindakan dua sahabat membawa rakan lelaki menumpang tidur di rumah sewa membawa padah, apabila mereka dicekup pihak berkuasa ketika sedang tidur di rumahnya dekat sini.

Serbuan kira-kira jam 4.15 pagi oleh sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Syariah Dungun itu dilakukan sebaik menerima maklumat daripada orang awam mengatakan penyewa rumah tersebut, dipercayai membawa pulang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan disyaki bukan muhrimnya.

Bagaimanapun, sebaik pintu rumah yang berkunci diketuk pegawai penguat kuasa terbabit, teman lelaki kepada salah seorang perempuan yang difahamkan seorang pelatih di salun rambut itu dikatakan cuba menyembunyikan diri di dalam bilik tidur.

Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, didapati seorang remaja lelaki berusia 20-an berada dalam bilik tidur dan soal siasat mendapati mereka bukan muhrim ataupun ikatan suami isteri.

Lelaki terbabit dikatakan menumpang tidur di rumah sewa teman wanitanya sementara menunggu hari siang untuk pulang ke rumahnya di Dungun.

Ketiga-tiga suspek termasuk gadis berusia 18 dan 22 tahun itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan setelah diikat jamin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir negeri Terengganu 2001.

Kesemua yang terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Syariah Dungun pada 21 November depan.

No comments:

Post a Comment