Friday, March 23, 2012

aweq skrg suka lari ikut kekasih

Nornabila ditemui di Kuantan

Oleh M.RIZAL NOR
pengarang@utusan.com.my

JERANTUT 22 Mac - Kebimbangan sepasang suami isteri ke atas nasib anak bongsu mereka yang tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu berakhir apabila remaja itu ditemui selamat bersama teman lelakinya berusia 26 tahun di Kuantan, awal pagi ini.

Ibu remaja tersebut, Norazlina Osman, 47, berkata, Nornabila Mat Daud, 15, yang mesra dipanggi 'kakak' itu ditemui selepas memaklumkan lokasi di mana dia berada menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Kami bergegas ke Kuantan kira-kira pukul 1 pagi untuk mengambilnya. Saya bersyukur kerana dia selamat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ibu kepada empat anak itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai Nornabila sambil meminta pihak media tidak mengganggu mereka.

"Kami bersyukur kerana dia sudah pulang, dia kini sedang berehat. Saya tidak mahu memarahinya dan sedia berbincang untuk selesaikan masalah.

"Ini adalah sejarah hitam dalam keluarga kami dan saya berharap perkara sama tidak berulang kerana ia terlalu pahit untuk ditelan. Kami semua sayangkan Nornabila ," jelas Norazlina.

Akhbar-akhbar hari ini melaporkan Nornabila didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya, Norsyazwani Mazlan, 15, atau Wawa sejak pukul 8.30 malam Isnin lalu.

Norazlina berkata, Nornabila mempunyai teman lelaki yang berasal dari Kuantan namun mereka sekeluarga tidak pernah berjumpa lelaki itu sebelum ini.

Sementara itu, Norsyazwani yang dihubungi berkata, sebelum kejadian tersebut, Nornabila menghubunginya agar mengambilnya di rumah untuk keluar selepas ahli keluarganya pergi melihat latihan tarian di dewan Majlis Daerah Jerantut (MDJ).

"Nornabila menyuruh saya menjemputnya di rumah pada pukul 8 malam dan selepas mengambilnya, kami ke rumah saya. Kira-kira 15 minit kemudian, dia menyuruh saya menghantarnya pulang.

"Saya memang rapat dengan Nornabila dan kami sering bersiar-siar bersama namun, dia tidak pernah menceritakan hal peribadinya kepada saya. Saya cuba hubunginya beberapa kali selepas dia dikatakan hilang namun gagal kerana telefonnya dimatikan," ujarnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran ketika dihubungi mengesahkan remaja itu mengikut teman lelakinya ke Sungai Isap, Kuantan.

"Sebelum itu remaja terbabit memaklumkan ibunya dia menghadiri kem motivasi di Kuantan tetapi hasil siasatan mendapati dia mengikut teman lelakinya," kata Narenasegaran.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Azid Ismail berkata, kes kehilangan remaja tersebut dianggap selesai selepas penemuannya.

"Kami telah mendapatkan maklumat daripada keluarga Nornabila dan kes kehilangannya tidak melibatkan sebarang unsur jenayah," jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta ibu bapa memantau tingkah laku anak-anak mereka memandangkan banyak kes penculikan dan lari dari rumah kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment