Saturday, March 17, 2012

mesin judi gergasi

Mesin judi gergasi dirampas MPK
Wartawan Sinar Harian
17 Mac 2012
KAMPUNG JAWA
KAMPUNG JAWA - Sebuah mesin judi gergasi yang dikatakan menjadi tumpuan utama pengunjung, antara barangan yang disita dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) sekitar Klang Utara, di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, dalam operasi berkenaan, tiga premis masing-masing di Klang Utara, Bandar Baru Klang dan Kampung Jawa diserbu, sementara 54 komputer termasuk mesin judi bersaiz besar disita.
“Kesemua barangan ini disita mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Pusat Siber 2007 kerana beroperasi tanpa lesen dan semua pengunjung yang ada juga telah diambil keterangan diri untuk direkodkan,” katanya.
Shahrul berkata, operasi yang diadakan itu adalah hasil risikan dan maklumat orang ramai yang peka dengan keadaan persekitaran tempat tinggal mereka terutama gejala yang boleh merosakkan akhlak generasi muda.
“Operasi seperti ini akan diteruskan bagi memastikan tiada pihak yang melanggar peraturan yang ditetapkan selain membanteras aktiviti perjudian haram,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan pusat perjudian haram dengan menghubungi 1800 88 23826, 03-33714404 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 012-2303781 untuk membolehkan pihaknya membuat siasatan, risikan dan mengambil tindakan ke atas premis-premis yang terlibat.

No comments:

Post a Comment