Friday, March 23, 2012

lari kena kaunseling

Siti Nur Fatihah pulang selepas diberi kaunseling

KUANTAN 22 Mac - Gadis yang didapati lari dari rumah, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya bersetuju untuk pulang ke pangkuan keluarganya setelah menjalani sesi kaunseling bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah JKM Pahang, Datuk Shamsiah Husin berkata, Siti Nur Fatihah sebelum ini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini kerana enggan pulang ke rumah.

"Selepas dipujuk pegawai JKM , dia akhirnya mahu pulang ke rumah keluarganya di Taman Tas kira-kira pukul 4 petang semalam.

"Pada mulanya Siti Nur Fatihah tidak mahu tinggal di pusat jagaan itu dan pada masa sama, tidak mahu pulang ke pangkuan keluarganya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Shamsiah, buat masa ini, pihaknya sendiri tidak pasti sama ada gadis itu masih berada di rumahnya ataupun rumah neneknya.

Kelmarin akhbar melaporkan Siti Nur Fatihah hilang dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini.

Bagaimanapun semalam, gadis itu mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran menyifatkan kes tersebut selesai kerana mangsa sendiri mengaku tidak diculik.

Shamsiah berkata, pihaknya akan mengadakan sesi kaunseling sekurang-kurangnya tiga kali seminggu kepada Siti Nur Fatihah.

"Sesi kaunseling itu akan diadakan hingga keadaannya pulih seperti sedia kala," katanya.

Ditanya sama ada Siti Nur Fatihah mempunyai masalah dengan keluarganya, Shamsiah enggan mengulas lanjut.

No comments:

Post a Comment